;
::: Bilik :::


Di resort ini terdapat 2 jenis bilik iaitu ‘Standard Room’ dan ‘Family Room’. Perbezaan yang terdapat pada ‘Standard Room’ adalah bilik tersebut hanya mempunyai 1 katil kelamin dan tidak mempunyai TV tetapi selesa diduduki oleh seramai 4 orang dalam satu-satu masa.

Manakala untuk ‘Family Room’ pula, terdapat 1 katil kelamin dan 1 katil bujang serta mempunyai TV dan ruang yang cukup selesa. Ianya boleh diduduki oleh seramai 6 – 7 orang dalam satu-satu masa.
::: Dorm :::

Terdapat 2 dormetery iaitu Dorm A dan Dorn B. Dorm A boleh memuatkan seramai 28 orang yang dilengkapi dengan 14 katil ‘double decker’, 2 bilik air dan kipas.

Manakala untuk Dorm B pula, ianya dilengkapi dengan 6 katil ‘double decker’, bilik air dan berhawa dingin.

::: Kolam Memancing :::


Tidak cukup dengan memancing di sungai, resort ini ada menyediakan kolam untuk memancing ikan sambil bersantai dengan ahli keluarga atau sahabat handai. Di atas kolam ini juga ada terdapat restoran untuk pengunjung yang ingin rasai nikmat makan di atas restoran terapung.
::: Taman Permainan :::


Terdapat beberapa permainan untuk kanak-kanak seperti buaian, jongkang jongkit dan lain-lain yang disediakan untuk para pengunjung yang membawa anak-anak mereka. Ibu bapa tidak perlu khuatir kerana anak-anak mereka hanya bermain di hadapan bilik dan di dalam pagar resort.
::: Wakaf :::

Wakaf ini digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti membuat kerja berkumpulan, memberi taklimat kepada peserta, solat berjemaah dan mengadakan tazkirah atau sebagainya

::: Tapak Khemah :::


Bagi pengunjung yang ingin menginap di dalam khemah atau ingin merasai keindahan alam semulajadi, resort ini ada menyediakan kemudahan tapak khemah dan khemah untuk disewa dengan harga yang berpatutan. Tapak khemah ini boleh memuatkan lebih kurang 350 – 400 orang pengunjung dalam satu masa

::: Lobby Dan MiniMart :::


Resort kami ada menyediakan sebuah Lobby untuk pengunjung yang ingin menonton televisyen secara terbuka bersama teman-teman.

Di samping melihat rancangan kegemaran anda, singgahlah sebentar untuk membeli makanan dan minuman ringan di Minimart kami.